Tajuk | Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Mei 2012 |
---|---|
Penerangan |
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN MEI 2012 ________________________________________________________
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan dan perundangan di bawah undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.
Bagi bulan Mei 2012, berikut dimaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
1. Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak denggi, sejumlah 1,970 kompaun bernilai RM 857,800.00 telah dikeluarkan dengan purata RM 435.43 tiap kompaun. Sejumlah 185 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 71 kes telah disabitkan kesalahan dan sejumlah RM 24,780.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 349.01 tiap denda. Manakala bagi tempoh Januari sehingga Mei tahun ini, jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak 8,703 dengan nilai RM 3,803,565.00. Sejumlah 760 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama 375 kes telah disabitkan kesalahan dimana sejumlah RM 120,330.00 denda telah dikenakan.
2. Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, daripada 6,264 lawatan pemeriksaan sejumlah 2,624 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama 1,745 kesalahan telah dikompaun sebanyak RM 357,750.00 dengan nilai purata RM205.01 tiap kompaun. Bagi tempoh Januari sehingga Meil tahun ini, sejumlah 14,398 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 7,423 kesalahan telah dikompaun dengan nilai RM 1,607,650.00.
Adalah dimaklumkan, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.
Sekian dan terima kasih.
DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 19 Jun 2012 |
Ditambah pada | 20-06-2012 04:00:00 |