PUTRAJAYA, 1 APRIL 2022 - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesemua 514 warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2021 hari ini. Mereka terdiri daripada anggota-anggota Ibu pejabat KKM, Institut Latihan KKM, para pegawai yang bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri, Ahli Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) serta institusi-institusi dari pelbagai skim perkhidmatan dan gred jawatan.
Pada tahun 2021, bilangan penerima APC bagi kumpulan pengurusan & profesional adalah seramai 244 orang atau 47.47% manakala kumpulan pelaksana seramai 270 orang iaitu 52.53%. Bagi kategori jantina pula, penerima lelaki adalah seramai 181 orang iaitu 35.21% manakala penerima wanita seramai 333 orang atau 64.79%.
Dalam ucapan, beliau berasa yakin bahawa imej dan prestasi KKM akan berada pada tahap yang tinggi jika warga Kementerian mengamalkan bekerja secara berpasukan dalam memberi perkhidmatan sejajar dengan slogan KKM “Kami Sedia Membantu”. Turut hadir, YB Dato’ Haji Dr. Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 dan YBhg. Datuk Harjeet Singh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM.
Kemaskini pada 2022-04-11 16:43:09 daripada