15 April - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam majlis tersebut, YB Khairy Jamaluddin bersama YB Dato’ Haji Dr. Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I serta YB Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II telah meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada seramai 137 orang yang terdiri daripada warga Ibu Pejabat KKM yang bergelar ibu/ bapa tunggal, Pegawai Kurang Upaya (OKU), saudara baru (mualaf) dan warga kerja KKM yang berpendapatan rendah bersama pasangan dan anak-anak .
Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.
Semoga sumbangan dan bantuan ini dapat membawa keceriaan dan meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadan serta sebagai persediaan menyambut bulan Syawal.
Kemaskini pada 2022-04-18 00:09:17 daripada BPM Nora