18 April 2022 - YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan 3M Malaysia Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Encik Lim Geok Tian bagi kajian The Collection Of Public Healthcare Worker Facial Anthropometric Data For The Development Of A Respirator Test Panel hari ini.
MOU ini disaksikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan Encik Khairul bin Abdul Karim selaku SEA and Malaysia Government Affairs Senior Manager, 3M Malaysia Sdn. Bhd.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis, taburan bentuk dan saiz muka petugas kesihatan di Malaysia bagi memastikan respirator yang diperolehi oleh kerajaan sesuai dengan bentuk dan saiz muka petugas kesihatan.
Sebanyak 15 hospital KKM dengan melibatkan 5,542 orang petugas kesihatan KKM akan dipilih secara Stratified Random Sampling mengikut kuota yang telah ditetapkan bagi setiap kategori di hospital kajian.
MOU ini menandakan satu pencapaian penting, bukan sahaja untuk KKM dan 3M Malaysia Sdn. Bhd., tetapi juga untuk negara secara keseluruhan.
Kemaskini pada 2022-04-21 10:10:28 daripada BPM Nora