Page 17 - Disember 2018
P. 17
Bengkel Plain Packaging:
Learning from Australia Experience
ada 17 Disember 2018, YBhg. Datuk Dr.
Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah
Kesihatan (KPK) telah merasmikan
PBengkel Plain Packaging: Learning
from Australia Experience. Turut hadir bersama
YBhg. Dato’ Dr. Chong Chee Khoeng, Timbalan
Ketua Pengarah Kesihatan Awam dan Encik
Jonathan Liberman, wakil dari Pusat Undang-
undang dan Kanser McCabe. Bengkel tersebut
merupakan pencapaian penting dalam usaha
Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan
kawalan tembakau yang berkesan di Malaysia.
Setiap tahun, 7 juta kematian seluruh dunia
disebabkan merokok dan Malaysia mencatat
sebanyak 20,000 kematian. Kini, dianggarkan
terdapat lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia
berumur 15 tahun ke atas yang merokok.
Malaysia mempunyai sasaran di mana pada
tahun 2045, kurang dari 5% penduduk merokok
dan generasi muda khususnya tidak mempunyai
pendedahan terhadap produk rokok dan
tembakau. Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) berharap para wakil dari pelbagai
kementerian, akademik, badan profesional
dan NGO akan mempunyai penjelasan
mengenai pembungkusan biasa dan dapat
melaksanakannya untuk melindungi masyarakat
kita dari kesan-kesan berbahaya tembakau.
E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2018 14