Page 18 - Disember 2018
P. 18
Memorandum Persefahaman
Antara Jabatan Kesihatan
Negeri Sembilan Dan IMU
Education
B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan
Menteri Kesihatan (YBTMK) telah
menyaksikan Majlis Menandatangani
YMemorandum Persefahaman (MoU)
antara Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
dan IMU Education Sdn. Bhd bagi kerjasama
dalam bidang kesihatan komuniti pada 19
Disember 2018 di Bilik Gerakan, KKM. Turut
sama menyaksikan upacara menandatangani
memorandum adalah YBhg. Tan Sri Dato’ Dr.
Abu Bakar Suleiman, Pengerusi International
Medical University Group. Melalui MoU ini,
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan IMU
akan bekerjasama rapat untuk membangunkan
Health System Approach di tiga bidang iaitu
latihan, perkhidmatan dan penyelidikan.
Melalui inisiatif ini, IMU berharap dapat
mencapai matlamat mereka untuk menawarkan
patient-centred healthcare serta memberikan
pengetahuan yang diperlukan oleh pesakit dan
masyarakat dalam menjaga kesihatan mereka
sendiri.
15 E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2018