Page 4 - e-Buletin November 2018
P. 4
kempen cara hidup aktif
AB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad dan YBhg. Tun Dr. Siti Hasmah,
isteri YAB Perdana Menteri telah menghadiri
Yserta melancarkan Kempen Cara Hidup
Aktif atau When Active Living Kicks (WALK) peringkat
Kebangsaan 2018 pada 3 November 2018 yang
disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad,
Menteri Kesihatan Malaysia dan YB Dr. Lee Boon
Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Kempen
WALK dan National Strategic Plan for Active Living
(NASPAL) telah dilancarkan bertujuan membudayakan
sukan sebagai gaya hidup sihat agar terus kekal aktif di
kalangan masyarakat. YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad
dan isteri telah dipilih menjadi ikon bagi program tersebut
agar terus kekal aktif walaupun pada umur melebihi 90
tahun. YAB Tun Dr. Mahathir juga telah menyarankan
semua pejabat di sektor awam dan swasta disyorkan
berhenti seketika bagi membenarkan pekerja bersenam
kira-kira 15 minit setiap hari. Beliau juga berkata, langkah
itu bagi memastikan pekerja berada dalam keadaan
sihat dan cerdas selain mengamalkan gaya hidup sihat.
01 E-BULETIN KKM EDISi NOVEMBER 2018