Page 8 - e-Buletin November 2018
P. 8
Program Gotong-Royong
Mega 2.0 Perangi Aedes
Peringkat Kebangsaan 2018
AB Tuan Adly bin Zahari, Ketua
Menteri Melaka dan YB Datuk Seri Dr.
Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
YMalaysia (YBMK) telah bersama-sama
menyempurnakan Program Gotong-Royong
Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan
2018 bertempat di Taman Saujana, Bukit Katil
Melaka pada 11 November 2018. Menurut YB
Dr. Dzulkefly objektif utama program ini adalah
menghasilkan tindakan bersepadu gotong-
royong secara besar-besaran di seluruh negara
perlu dilaksanakan segera dengan melibatkan
penduduk setempat, ketua komuniti, pasukan
COMBI dan lain-lain agensi bagi memastikan
pemusnahan tempat pembiakan Aedes dibuat di
seluruh negara. Di samping itu, program tersebut
juga dapat melibatkan masyarakat dan agensi
lain dalam aktiviti pembersihan dan pencegahan
Denggi. Ujar beliau, hasil pemantauan trend
kes denggi untuk lima tahun yang lepas oleh
KKM, dijangka kes denggi akan meningkat pada
hujung tahun ini. Jelasnya lagi, sejak lima minggu
kebelakangan ini, telah berlaku peningkatan kes
denggi sebanyak 6% hingga 9% setiap minggu.
Turut hadir dalam program tersebut adalah
YBhg. Dato’ Mohd Syafiq bin Abdullah, Timbalan
Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM dan YBhg.
Dato’ Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua
Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM.
05 E-BULETIN KKM EDISi NOVEMBER 2018