Page 4 - E Buletin Dis 2019
P. 4

Sesi townhall ybmk bersama pegawai perubatan pakar






                 ada 11 Disember  2019 yang lalu,
                 satu sesi  Town Hall YB Datuk Seri Dr.
                 Dzulkefly  Ahmad,  Menteri  Kesihatan
       PMalaysia bersama Pegawai Perubatan
        Pakar dalam Program Perubatan KKM  telah
        diadakan di Dewan Serbaguna, KKM.  Sesi
        tersebut turut dihadiri YBhg .Dato’ Seri Dr. Chen
        Chaw Min, Ketua Setiausaha, KKM,YBhg. Datuk
        Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah
        Kesihatan Malaysia  dan  YBhg. Datuk Dr. Hj
        Rohaizat bin Hj Yon, Timbalan Ketua Pengarah
        Kesihatan (Perubatan), KKM.  Pelbagai isu dan
        cabaran telah dibincangkan dalam sesi tersebut
        antaranya ialah isu pencemaran kimia di Sungai
        Kim-Kim, kejadian wabak demam campak dan
        kematian dalam kalangan Orang Asli Kuala Koh,
        Gua Musang, Kelantan dan isu wabak Malaria
        yang melanda Orang Asli di Pos Lenjang Kuala
        Lipis. KKM  turut  berhasil menjayakan konsep
        ‘Kesihatan  Digital’ untuk mempertingkatkan
        perkhidmatan kesihatan di samping menangani
        masalah ‘masa menunggu’ yang lama sebelum ini
        dengan menggunakan aplikasi e-Wallet di klinik
        dan hospital kerajaan.  Selain  itu, pelaksanaan
        projek rintis ‘klinik maya’  (Virtual Clinic)  yang
        memberikan khidmat konsultasi untuk pesakit-
        pesakit dalam follow-up cases telah dimulakan
        di 5 buah klinik kerajaan.




          01 E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2019
   1   2   3   4   5   6   7   8   9