Page 5 - E Buletin Dis 2019
P. 5
Hari AIDS Sedunia
ada 1 Disember 2019 yang lalu, YB
Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri
Kesihatan Malaysia telah merasmikan
PHari AIDS Sedunia bertempat di Ipoh,
Perak. Sambutan Hari AIDS Sedunia kali
ini bertemakan “Komuniti Buat Perbezaan”
menggambarkan masyarakat dari pelbagai
lapisan amat diperlukan untuk menjayakan
program / aktiviti khususnya dalam memerangi
wabak HIV / AIDS. Malaysia telah berjaya
dalam 5 Pencapaian Utama dalam menghadapi
dan menghalang penularan wabak HIV / AIDS.
Sehingga tahun 2019, lebih kurang RM 90
juta telah dilaburkan oleh kerajaan untuk
memerangi wabak HIV / AIDS melalui Majlis
AIDS Malaysia. Malaysia telah diiktiraf oleh
World Health Organization (WHO) sebagai
negara ke-12 di dunia dan pertama di Asia
Pasifik yang berjaya mendapat penghapusan
HIV-AIDS (eMTCT) dari ibu kepada anak pada
bulan Oktober 2018.
E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2019 02