Page 8 - E Buletin Dis 2019
P. 8
Pelancaran Mental Health Handbook
B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad,
Menteri Kesihatan Malaysia telah
merasmikan “Launching Of Mental
YHealth Handbook” di Hotel Sheraton
PJ pada 3 Disember 2019. Pelancaran buku
ini bertujuan untuk membolehkan rakyat
Malaysia mengenali tanda-tanda masalah
kesihatan mental serta mendapatkan bantuan
profesional di peringkat awal. Penganjuran
program tersebut merupakan kerjasama antara
Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Persatuan
Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) dan Pfizer
Malaysia. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan melaporkan bahawa keinginan
untuk membunuh diri dalam kalangan remaja
berumur 13 hingga 17 tahun telah meningkat
dari 7.9 peratus pada tahun 2012 kepada 10
peratus pada 2017. Manakala pelbagai kajian
telah dibuat dalam mengenal pasti reaksi
orang awam mengenainya dalam menangani
masalah kesihatan mental. Berdasarkan kajian
penyelidikan 2019 yang dijalankan oleh MPA,
kira-kira separuh daripada responden (50.7%)
lebih gemar bercakap dengan rakan mengenai
masalah kesihatan mental mereka, sementara
carian internet adalah pilihan kedua. Dalam
kalangan belia, lebih daripada separuh (65%)
daripada mereka yang ditinjau juga menyatakan
wujud kemungkinan penggunaan aplikasi
telefon pintar untuk mendapatkan maklumat
tentang kesihatan mental.
05 E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2019