Page 20 - E Buletin Nov 2019
P. 20
Majlis Pelancaran
Polisi Dan Pelan Strategik Penjagaan Paliatif Kebangsaan
2019-2030
B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri
Kesihatan Malaysia telah melancarkan Polisi
Dan Pelan Strategik Penjagaan Paliatif
YKebangsaan 2019-2030 di Hospital Selayang
pada 6 November 2019 yang lalu. Program ini diadakan
dengan kerjasama antara Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan agensi perkhidmatan penjagaan
paliatif di seluruh negara. Program yang julung kali
diadakan ini telah memilih tema - “A Nation Caring for
Everyone because They Matter” amat komited dalam
perkhidmatan penjagaan paliatif dengan memberi
tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup khususnya
bagi individu yang mempunyai penyakit (mengancam
nyawa) dengan memberikan bantuan serta sokongan
psikologi, sosial dan rohani pesakit bagi meringankan
beban kesakitan serta tekanan yang dihadapi. Menurut
YB Datuk Seri Dr., dianggarkan melebihi 100, 000 orang
rakyat Malaysia pada setiap tahun telah meninggal
dunia dan memerlukan khidmat penjagaan paliatif. Ini
kerana, menjelang tahun 2030 adalah dianggarkan
jumlah ini akan meningkat sehingga 230, 000 orang,
dan atas sebab tersebut pihak kerajaan dan pakar
bidang penjagaan paliatif bersetuju agar inisiatif yang
lebih efektif perlu disegerakan bagi memastikan semua
rakyat Malaysia menerima penjagaan paliatif sebaik
mungkin demi menjamin kesejahteraan para pesakit
pada masa akan datang.
17 E-BULETIN KKM EDISi November 2019