Page 18 - E Buletin Nov 2019
P. 18
MAJLIS PECAH TANAH NAIK TARAF
KLINIK DESA BEBULOH
B Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.
Dzulkefly Ahmad telah mengadakan
lawatan kerja rasmi ke Klinik Desa
YBebuloh di Labuan pada 4 November
2019. Tujuan Lawatan tersebut diadakan
bersempena dengan perasmian Majlis Pecah
Tanah Naik Taraf Klinik Desa Bebuloh kepada
Klinik Kesihatan Bebuloh yang akan memulakan
pembinaannya pada tahun 2020 dan dijangka
siap dalam tempoh 2 tahun iaitu tahun 2022.
Dalam masa yang sama, YB Menteri Kesihatan
turut merasmikan Majlis Pecah Tanah di tapak
projek yang dibina dengan keluasan tanah
4.06 ekar yang menempatkan Bangunan Klinik
Kesihatan (Jenis 5) dan 16 unit kuarters kelas
F (town house) yang terletak di Kg. Bebuloh,
Labuan. Pembinaan dan pembangunan klinik
ini pasti memberikan manfaat dan kegembiraan
kepada penduduk sekitar di samping
memberikan rawatan yang lebih selesa dan
kondusif kepada lebih 23,000 populasi di
sekitar Kg. Bebuloh yang merupakan salah satu
kawasan perancangan di negeri Labuan untuk
dibangunkan.
15 E-BULETIN KKM EDISi November 2019