Page 15 - E Buletin Nov 2019
P. 15
Hari Antarabangsa Radiologi 2019
ada 8 November 2019, YBhg. Datuk Dr.
Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah
Kesihatan (KPK) telah merasmikan Hari
P Antarabangsa Radiologi 2019 di Institut
Kesihatan Kebangsaan yang bertemakan “Imaging
Sukan”. Radiologi adalah penting dan menjadi
sebahagian daripada penjagaan pesakit dengan
semata-mata melakukan pemeriksaan diagnostik
untuk menyediakan perkhidmatan radiologi
intervensi terapeutik. Teknologi baru, kemajuan
dan sains radiologi telah berubah dengan pesat
sejak 40 tahun yang lalu terutamanya dengan
pengenalan CT scan, MRI dan digitalisasi.
YBhg. Datuk KPK juga meluangkan masa untuk
mengadakan sesi dialog dengan Ketua Jabatan
Radiologi dari KKM untuk membincangkan isu-isu
semasa, cabaran dan cara untuk perkhidmatan
radiologi di negara ini.
E-BULETIN KKM EDISi November 2019 12