Page 11 - E buletin Oktober 2019
P. 11
Majlis Perasmian Program Santuni Rakyat:
Kenali Ubat Anda
Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah,
Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) yang
mewakili YB Menteri Kesihatan Malaysia
Y dalam Majlis Perasmian Program
Santuni Rakyat: Kenali Ubat Anda bersempena
dengan Sambutan Hari Farmasi Dunia 2019
pada 5 Oktober 2019 di Kuala Selangor. Sejarah
perkhidmatan farmasi di Malaysia bermula
pada tahun 1951 dengan berkuatkuasanya
Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, Akta
Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pada tahun 1957, hanya terdapat seramai 23
orang ahli farmasi berdaftar yang berkhidmat
dalam sektor awam. Kini, bilangan ahli farmasi
berdaftar adalah seramai 16,617 dengan nisbah
ahli farmasi kepada populasi negara, 1:1964.
Pelbagai strategi telah dirancang di peringkat
kementerian yang turut menitikberatkan
kebajikan dan kesihatan Rakyat, termasuk
Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi seperti
‘Sistem Pengambilan Ubat Bersepadu’ (SPUB),
Farmasi Drive-Thru, pembekalan Ubat Melalui
Pos Malaysia, Locker4U dan sebagainya.
E-BULETIN KKM EDISi oktober 2019 08