Page 12 - E buletin Oktober 2019
P. 12

Let’s TALK Minda Sihat








                                                                         ementerian      Kesihatan     Malaysia
                                                                         telah      melancarkan         kempen
                                                                         kesihatan peringkat kebangsaan,
                                                               K‘Let’s TALK Minda Sihat’ bagi
                                                                menanggani isu kesihatan mental yang kian
                                                                meningkat. Ia dilancarkan oleh  YB Datuk
                                                                Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
                                                                Malaysia bersempena dengan Sambutan
                                                                Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat
                                                                Kebangsaan 2019 bertemakan “Sayangi
                                                                Nyawa Hidupkan Harapan” di Institut Latihan
                                                                Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 10
                                                                Oktober 2019. Kempen ini dijalankan bagi
                                                                memberi galakkan dan membantu individu
                                                                yang  bermasalah  untuk  bercakap  dan
                                                                berbincang dengan orang yang mereka
                                                                percaya untuk mendapatkan bantuan secara
                                                                profesional. Dalam hal ini Kementerian
                                                                Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama
                                                                dengan       pihak     berkepentingan       bagi
                                                                mewujudkan kiosk  Let’s TALK di peringkat
                                                                komuniti,  kekerapan  dengan  mengadakan
                                                                publisiti di media dan juga bekerjasama
                                                                dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
                                                                (KPM) dalam Pertandingan Video Pendek,
                                                                Bicara Berirama dan Pertandingan Mural.
                                                                Dalam perkembangan ini, KKM juga akan
                                                                terus  meningkatkan  hubungan  kerjasama
                                                                dengan        mengalu-alukan        penglibatan
                                                                daripada kementerian dan agensi lain untuk
                                                                lebih aktif melaksanakan aktiviti advokasi
                                                                kesihatan mental menggunakan jenama
                                                                (branding), logo  LET’s TALK Minda Sihat
                                                                dan  meletakkan  ‘#letstalkmindasihat’  dalam
                                                                media sosial agensi masing-masing.


























          09 E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2019
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17