Page 13 - E buletin Oktober 2019
P. 13
Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan
ke Hospital Sultanah Nur Zahirah
Kuala Terengganu
B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan
Menteri Kesihatan Malaysia telah
membuat lawatan kerja ke Hospital
YSultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala
Terengganu pada 17 Oktober 2019. Susulan
lawatan ini, YBTMK juga berkesempatan untuk
melawat Blok Psikiatrik, HSNZ yang sedang
dalam pembinaan dan dijangka siap pada
hujung tahun 2019. Projek yang mengalami
beberapa fasa kelewatan akan diberi perhatian
agar perkhidmatan dan kemudahan kesihatan
ini dapat diberikan kepada rakyat Kuala
Terengganu secara menyeluruh. Walaupun
berdepan dengan pelbagai jenis kekangan
dan cabaran, warga KKM tetap memberi
komitmen penuh dalam melaksanakan tugas
mereka. YBTMK berkesempatan berkongsi
kebanggaan dua pencapaian HSNZ yang telah
berjaya melakukan pembedahan Ex-Utero
Intrapartum Treatment (EXIT) pertama di negeri
Terengganu yang berjaya menyelamatkan
nyawa janin berusia 37 minggu serta kejayaan
bagi perkhidmatan IVF HSNZ dengan kaedah
frozen embryo transfer.
E-BULETIN KKM EDISi oktober 2019 10