Page 19 - E buletin Oktober 2019
P. 19
Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan
ke Hospital Labuan
B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan
Menteri Kesihatan Malaysia telah
mengadakan lawatan kerja ke Jabatan
YKesihatan Wilayah Persekutuan
Labuan (JKWPL) dan Hospital Labuan pada
25 Oktober 2019. Dengan visi ‘Labuan Healthy
Island, Championing Malaysia’s Best Healthcare
Services’ dan beberapa inisiatif penting lain,
JKWPL telah mencapai beberapa kejayaan
seperti pengurangkan kes demam denggi
daripada 93 kes kepada 33 kes iaitu penurunan
sebanyak 64.5%. Kesungguhan ini diteruskan
dengan usaha keras pelbagai pihak untuk
menaiktaraf status Hospital Labuan daripada
Hospital Pakar Minor ke Hospital Pakar Major
dengan pertambahan beberapa kepakaran
lain yang dianggarkan beroperasi sepenuhnya
dalam masa beberapa tahun lagi. YBTMK
juga berkesempatan untuk melawat Kampung
Berbuloh Laut untuk menyantuni penduduk.
Turut hadir bersama ialah YBrs. Dr. Ismuni bin
Bohari, Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah
Persekutuan Labuan dan YBrs. Dr. Adnan Musa
Balidran, Pengarah Hospital Labuan.
E-BULETIN KKM EDISi oktober 2019 16