Page 21 - E buletin Oktober 2019
P. 21

Perasmian KL Pink October Walk 2019








                  Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua
                  Pengarah Kesihatan (KPK) telah mengiringi
                  Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
        YRaja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah
        Aminah Maimunah Iskandariah yang telah berkenan
        mencemar  duli melepaskan peserta dan menyertai
        ‘KL  Pink  October  Walk  2019’ di Kuala Lumpur.
        Program tersebut merupakan sebahagian  daripada
        aktiviti Kempen Kesedaran Kanser Payudara
        Peringkat  Wilayah  Persekutuan  Kuala  Lumpur.
        DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
        juga menyampaikan sumbangan serta meluangkan
        masa bersama para pesakit di Wad Radioterapi dan
        Onkologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Program
        tersebut bertujuan mengumpulkan sumbangan untuk
        membantu memberi kesedaran kepada semua wanita
        di Kuala  Lumpur  melalui  KL Pink Project. Kempen
        ini  juga membantu para pesakit  kanser yang  tidak
        berkemampuan dalam meneruskan rawatan mereka
        di HKL  sama ada melalui sumbangan kewangan,
        perubatan atau peralatan.
























                                                                                     E-BULETIN KKM EDISi oktober 2019  18
   16   17   18   19   20   21   22