Page 20 - E buletin Oktober 2019
P. 20
PERSIDANGAN SNOMED CT EXPO KUALA LUMPUR
B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri
Kesihatan Malaysia telah merasmikan
Persidangan Snomed CT Expo di Grand
YHyatt Hotel, Kuala Lumpur pada 31 Oktober
2019. Turut hadir sama ialah YBhg Dato’ Seri Dr. Chen
Chaw Min, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM). Dalam expo tersebut, YB Menteri
Kesihatan juga telah menyampaikan ucaptama di
plenari dengan tajuk ‘SNOMED CT Implementation in
Malaysia’. Antara intipati kandungan di dalam ucapan
beliau adalah dengan memberi penekanan terhadap
inisiatif utama di bawah Agenda Pembaharuan
Kesihatan Kebangsaan seperti PeKa B40, pelaksanaan
EMR, dan Gudang Data Kesihatan Malaysia (MyHDW).
Tujuan utama penganjuran SNOMED CT ini adalah
untuk mengkodkan maklumat yang digunakan dalam
sistem maklumat kesihatan, dalam usaha merekodkan
data klinikal dengan berkesan untuk menganalisis data
tidak berstruktur. Ujar beliau lagi, sebagai usaha untuk
menggalakkan keseragaman kesihatan digital, KKM
telah menggunakan SNOMED CT sebagai salah satu
daripada ‘standard terminology’ dan ‘back-end’ dalam
pembangunan aplikasi MyHarmony, yang merupakan
salah satu modul untuk Gudang Data Kesihatan
Malaysia (MyHDW) yang dibangunkan bersama
dengan MIMOS Berhad. Pada ketika ini, KKM dalam
usaha untuk memperluaskan penggunaan SNOMED
CT bagi aplikasi MyHarmony dengan memanfaatkan
Pembangunan Refset bagi Kesihatan Pergigian,
Farmasi dan Patologi.
17 E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2019