Page 77 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 77
iii. Permohonan Lesen Pewasapan (Baru)
Terdapat sebanyak 22 pemohonan baru lesen pewasapan pada tahun 2019
iaitu permohonan bagi mereka yang lulus di dalam peperiksaan pewasapan
tahun 2018.
iv. Permohonan Pembaharuan Lesen Pewasapan
Sepanjang tahun 2019, seramai 230 orang Operator Berlesen telah memohon
untuk membaharui lesen pewasapan masing -masing bagi Tahun 2019.
PENGUATKUASAAN AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975
(APSPP 1975)
Operasi penguatkuasaan secara bersepadu dirancang di Program Kesihatan
Awam melibatkan operasi bersiri Ops Gempur Aedes. Aktiviti yang dijalankan
meliputi perancangan operasi, menyediakan garis panduan operasi, pemantauan
penguatkuasaan di lapangan, promosi aktiviti melalui kenyataan media dan penilaian
aktiviti penguatkuasaan.
Sebanyak 17 siri operasi telah dijalankan sepanjang tahun 2019 termasuk dua (2)
Operasi Gempur Aedes Khas yang telah diadakan dimana setiap satu operasi gempur
aedes khas tersebut melibatkan lima (5) siri pada bulan Februari hingga Mac dan
bulan Julai hingga Ogos 2019. Tindakan pendakwaan bagi kesalahan di bawah APSPP
1975 didapati meningkat pada tahun 2019 berbanding tahun 2018 sebelumnya
seperti di dalam Jadual 4.4 di bawah:
Jadual 4.4
Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
Bil. Bil. Premis Bil. Bil. Bil. Kes
Premis Yang Denda
Tahun Kompaun Premis Daftar Di
Yang Positif Mahkamah
Diperiksa Pembiakan Dikeluarkan Ditutup Mahkamah
2015 6,167,767 98,565 18,298 416 1,585 RM902,700
2016 5,502,748 116,862 18,017 314 1,885 RM1,293,140
2017 4,623,927 122,927 24,450 196 1,867 RM1,800,560
2018 4,688,302 119,418 21,370 120 2,599 RM3,130,300
2019 4,877,369 161,506 24,869 117 2,665 RM1,037,231
Sumber: Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 67