Page 79 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 79
PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004
(PPKHT 2004)
Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 merupakan undang-undang
subsidiari di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 281). Di bawah peraturan-peraturan
ini, kesalahan yang sentiasa dipantau melibatkan kegiatan merokok di tempat yang
dilarang, penjualan rokok kepada remaja di bawah umur, penjualan rokok dalam
paket terbuka, penjualan rokok tanpa amaran kesihatan bergambar serta merokok
dalam kalangan remaja bawah umur dan penjualan hasil tembakau di dalam talian
(online).
Bilangan kesalahan di bawah peraturan ini telah menunjukkan penurunan daripada
57,268 notis yang dikeluarkan pada tahun 2018 kepada 50,946 notis pada tahun 2019
seperti dalam Jadual 4.6. Pada tahun 2019, sebanyak 29,819 kompaun dikeluarkan
dengan nilai terkumpul kompaun dibayar berjumlah RM 3.65 juta.
Jadual 4.6
Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
Jumlah amaun
Bil Notis seksyen 32B Bil. Kompaun
Tahun kompaun yang
dikeluarkan Dikeluarkan
dibayar
2015 35,350 22,542 RM2,067,501
2016 40,965 19,393 RM2,139,661
2017 45,799 23,571 RM2,511,621
2018 57,268 25,834 RM3,215,366
2019 50,946 29,819 RM3,653,774
Sumber: Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM
Tindakan penguatkuasaan di bawah PPKHT adalah bertujuan agar orang yang
merokok mematuhi undang-undang dan mengelakkan daripada pencemaran udara
yang dikongsi bersama orang yang tidak merokok. Jumlah penguatkuasa menjadi
kekangan dalam menjalankan aktiviti secara sepenuh masa. Pendekatan yang diambil
oleh Program Kesihatan Awam adalah dengan menetapkan prioriti kesalahan. Bagi
meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di kawasan larangan merokok, seramai 70
orang Polis Bantuan Sunway Group telah dilatih dan diberi penurunan kuasa di
bawah Akta Makanan 1983 untuk menjalankan penguatkuasaan Peraturan-peraturan
Kawalan Hasil Tembakau 2004 di dalam premis di Bandar Sunway.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 69