Page 80 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 80
PENYIASATAN
Penyiasatan kes yang melanggar undang-undang kesihatan awam dijalankan oleh
PPKP di daerah masing-masing. Jumlah kertas siasatan yang dibuka pada tahun
2019 adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 102,122 kes berbanding tahun-tahun
sebelumnya seperti di Jadual 4.7.
Jadual 4.7
Penyiasatan Kes di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam
Kertas Siasatan
Tahun Bil. Izin Dakwa Bil. NFA
Dibuka
2015 55,054 14,189 165
2016 65,178 14,348 296
2017 83,847 15,506 424
2018 92,376 18,538 575
2019 102,122 20,385 680
Sumber: Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM
Bagi memantapkan kualiti penyiasatan kes, beberapa siri latihan dalam perkhidmatan
seperti Kursus Penyiasatan kepada Pegawai Penyiasat telah dijalankan oleh Sektor
Inspektorat dan Perundangan.
SEKTOR FARMASI KESIHATAN AWAM
Penyampaian perkhidmatan farmasi di kesihatan awam telah diperkukuhkan pada
tahun 2019 melalui pemantauan Key Performance Indicator (KPI) Pengarah Bahagian
Perkembangan Kesihatan Awam. Melalui KPI tersebut, didapati bilangan klinik
kesihatan yang mencapai prestasi keseluruhan gred A (80 hingga 100 peratus) dalam
lawatan penyeliaan farmasi di 453 buah klinik kesihatan dengan Pegawai Farmasi di
seluruh negara adalah 87.9 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan (50 peratus).
Pemantauan yang dijalankan telah membantu untuk memastikan penyampaian
perkhidmatan farmasi di klinik kesihatan yang seragam dan konsisten.
Terdapat peningkatan sebanyak 1.9 peratus bagi jumlah bilangan preskripsi yang
diterima di kaunter farmasi klinik kesihatan pada tahun 2019 berbanding jumlah
yang diterima pada tahun sebelumnya (Rajah 4.1). Peningkatan ini adalah sedikit
berbanding dengan peningkatan tahun sebelumnya (10.45 peratus) berikutan
pembekalan ubat mencukupi.
LAPORAN TAHUNAN
70 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019