Page 83 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 83
BILIK OPERASI DENGGI NASIONAL
Bilik operasi Denggi Nasional di CPRC Nasional dalam status survelan aktif sehingga
kini. Bilik operasi ini memantau wabak denggi dan mengkoordinasikan tindakan di
seluruh negara. Bilik operasi ini mengadakan mesyuarat harian dan mengeluarkan
laporan harian yang akan diedarkan ke pihak yang berkenaan.
BILIK OPERASI PENCEMARAN SUNGAI KIM-KIM PASIR GUDANG, JOHOR
Bilik operasi Pencemaraan Sungai Kim-kim telah diaktifkan bermula 14 Mac 2019
setelah sejumlah 1568 kes telah dilaporkan oleh JKN Johor mengalami masalah
kesihatan terutamanya melibatkan penduduk dan murid-murid sekolah yang berada
di sekitar kawasan. Bilik operasi ini mengadakan mesyuarat harian dan mengeluarkan
laporan harian yang akan diedarkan ke pihak yang berkenaan.
BILIK OPERASI WABAK MEASLES KUALA KOH, KELANTAN
Bilik operasi Measles ini telah dibuka bermula pada 16 Jun 2019 setelah sukarelawan
orang asli membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Gua Musang bahawa terdapat
sekumpulan orang asli yang mengalami masalah Jangkitan Saluran Pernafasan.
BILIK OPERASI GEJALA SESAK NAFAS TAMAN MAWAR PASIR GUDANG JOHOR BAHRU
Bilik operasi Kejadian Gejala Sesak nafas dalam kalangan Pelajar Di Taman Mawar
Pasir Gudang Johor Bahru bermula 5 Julai 2019. Bermula 20 Jun 2019 sehingga 5 Julai
2019 sebanyak 1,138 kejadian gejala sesak nafas dalam kalangan pelajar yang tinggal
berhampiran dengan kawasan Taman Mawar Pasir Gudang telah dilaporkan.
BILIK OPERASI JEREBU
Bilik operasi Jerebu telah diaktifkan bermula pada 18 September 2019 setelah pihak
Jabatan Meteorologi memaklumkan bahawa terdapat 5 negeri yang menunjukkan
paras indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat iaitu Pulau Pinang, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak .
BILIK OPERASI POLIO SABAH
Bilik operasi Polio telah diaktifkan bermula pada 7 Disember 2019 setelah pihak
Kementerian kesihatan Malaysia mengisytiharkan kejadian satu (1) kes yang telah
disahkan poliomyelitis di Tuaran, Sabah. Kes ini telah disahkan dijangkiti dengan
vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Ujian makmal oleh
Makmal Rujukan Polio World Health Organization (WHO) menunjukan virus tersebut
mempunyai perkaitan genetik dengan VDPV1 yang ditemui di Filipina.
LAPORAN TAHUNAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019 73