Page 145 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 145

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                       PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
 2021 - 2025                                                                               2021 - 2025

 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                             KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



                  9.4  FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN


                         Faktor kritikal kejayaan merupakan kriteria yang penting dalam menentukan
                         pelaksanaan PSP KKM 2021-2025. Aspek seperti di bawah perlu diambil kira dan
                         dipertimbangkan oleh semua pihak yang terlibat bagi memastikan setiap perancangan
                         tercapai. Faktor yang perlu diambil kira adalah seperti berikut :

                         i.   Tadbir Urus ICT

                             Tadbir urus ICT yang efektif akan menyumbang kepada kejayaan program
                             pendigitalan yang dirancang dan boleh dilihat daripada aspek berikut:
                             •   Sokongan dan komitmen daripada pihak Pengurusan Atasan penting demi
                                 memastikan  aktiviti  yang  dirancang  dapat  mengikut  perancangan  dan
                                 mencapai sasaran. Penglibatan aktif pengguna yang memahami impak dan
                                 perubahan yang diperlukan boleh membantu melancarkan pelaksanaan
                                 program tersebut;
                             •   Komunikasi  yang jelas,  berkesan  dan berterusan  daripada semua pihak  yang
                                 terlibat;
                             •   Pengukuran prestasi yang jelas dan realistik; dan
                             •   Program pembudayaan persekitaran ICT melalui pengurusan perubahan
                                 yang penting bagi menentukan perubahan yang akan dilakukan mendapat
                                 sokongan dan penyertaan keseluruhan warga KKM. Penerapan budaya ICT
                                 melalui penguatkuasaan  penggunaan  ICT untuk menentukan sistem aplikasi
                                 yang sedia ada terus digunakan sebaik-baiknya sementara usaha dijalankan
                                 bagi mengintegrasikan semua sistem ICT.

                         ii.  Sumber Kewangan

                             Sumber peruntukan atau bajet merupakan faktor utama dalam menentukan
                             kejayaan sesuatu projek yang dirancang supaya mencapai sasaran. Sumber kewangan
                             yang  mencukupi perlu  untuk  menyokong  usaha  pembangunan,  peningkatan dan
                             penyelenggaraan persekitaran sistem ICT yang berterusan. Perancangan yang
                             teliti dan justifikasi yang kukuh perlu diljalankan bagi mendapatkan peruntukan
                             kewangan dengan mengambil kira keperluan sumber manusia, perubahan proses dan
                             penggunaan teknologi yang sesuai. Kerjasama dengan pihak swasta juga diperlukan
                             agar sumber peruntukan tidak bergantung sepenuhnya kepada peruntukan dari
                             Kerajaan.

                         iii.  Teknologi


                             Teknologi juga merupakan faktor kritikal kejayaan semua perancangan pendigitalan.
                             Perubahan teknologi yang pesat menyumbang kepada persekitaran ICT Kementerian.
                             Ketepatan pemilihan teknologi berdasarkan trend ICT semasa juga akan diambil kira
                             dalam merancang dan membangunkan aplikasi berimpak tinggi yang bercirikan
                             scability dan interoperability di samping penyediaan prasarana ICT yang bercirikan
                             High Availability, High Reliability, Highly Secured dan High Capacity. Penyelenggaraan
                             yang berterusan juga diperlukan agar semua komponen perkakasan dan perisian
                             projek ICT berfungsi dengan sempurna untuk jangka masa yang lama.










                                                                                                             123
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150