Page 146 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 146

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                                                                                                                              PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
                 2021 - 2025                                                                                                                                                                                      2021 - 2025

                 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                                                                                                                                    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


                       iv.  Pengetahuan dan Kepakaran

                          Keperluan personel ICT yang pakar dan  mahir dalam pelbagai bidang seperti
                          pengurusan projek, pengurusan aplikasi, pangkalan data, pembangunan infrastuktur
                          dan keselamatan ICT serta sentiasa peka dengan teknologi terkini adalah sangat
                          penting. Kepakaran pihak pembekal yang dilantik juga penting untuk menjayakan
                          sesuatu projek ICT.




               9.5  PENUTUP


                       Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Kesihatan Malaysia (PSP KKM) 2021-2025
                       merupakan satu dokumen  blueprint yang mengandungi empat teras strategik dalam
                       membangun dan mengoptimumkan penggunaan teknologi serta memanfaatkan
                       sepenuhnya pendigitalan ke arah mencapai hala tuju dan objektif strategik
                       penyampaian perkhidmatan kesihatan Kementerian untuk tempoh masa lima tahun.

                       Faktor kritikal yang dapat menjayakan pelaksanaan blueprint ini adalah sokongan dari
                       pihak pengurusan atasan, sumber kewangan, teknologi, pengetahuan dan kepakaran
                       serta kerjasama di antara semua bahagian dan agensi di Kementerian, kerajaan,
                       swasta, industri dan akademik. Melalui komitmen dan kerjasama daripada semua pihak
                       diharapkan supaya semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dan memberi
                       impak yang positif kepada kementerian dan rakyat.


                       Pencapaian program dan aktiviti dalam  blueprint ini juga akan dipantau dari semasa
                       ke semasa dan dikaji semula pada separuh penggal pelaksanaannya. PSP KKM 2021-
                       2025 akan terus menjadi pemangkin kecemerlangan pentadbiran dan penyampaian
                       perkhidmatan kesihatan demi menjamin kesejahteraan rakyat.










































         124
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151