Page 34 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 34

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                                                                                                                              PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
                 2021 - 2025                                                                                                                                                                                      2021 - 2025

                 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                                                                                                                                    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

               2.1  PENGENALAN


                     Analisis  persekitaran  ICT  dan  bisnes  semasa  di  KKM  telah  dilaksanakan  selama  lima
                     bulan iaitu dari bulan April 2020 hingga September 2020 untuk mengkaji keperluan ICT
                     dan bisnes di bahagian, jabatan, institusi dan fasiliti di bawah KKM.  Sebanyak 711 atau
                     36% daripada 1557 fasiliti di bawah KKM telah memberikan maklum balas. Maklum balas
                     yang diterima telah dianalisis dan dinilai untuk mengenalpasti isu, cabaran dan cadangan
                     penyelesaian.


                     Fasa analisis telah mengambil masa yang panjang disebabkan berlakunya pandemik
                     COVID-19 di mana kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
                     (PKP) untuk mengurangkan kes jangkitan COVID-19 melalui penjarakkan fizikal dan
                     sekatan rentas daerah serta negeri. Perkara ini telah menyebabkan kelewatan dalam
                     pengumpulan maklum balas dan penangguhan mesyuarat serta bengkel. Walau
                     bagaimanapun,  fasa ini dapat diselesaikan dengan jayanya hasil komitmen dari semua
                     pihak.

                     Bagi menganalisa persekitaran bisnes, tiga (3) templat utama digunakan iaitu A1: Kajian
                     Inisiatif Kerajaan dan Strategi Bisnes, A2: Hala Tuju Pengurusan dan A3: Kajian Amalan
                     Terbaik Inisiatif ICT. Bagi persekitaran ICT pula empat (4) templat utama digunakan untuk
                     soal selidik yang diedarkan iaitu A4: Penilaian Aplikasi dan Data, A5: Penilaian Infrastruktur
                     ICT, A6: Penilaian Tadbir Urus ICT dan A7: Penilaian Keupayaan ICT. Hasil daripada kajian
                     ini  akan  dapat  mengenal  pasti  status  persekitaran  ICT  sedia  ada  meliputi  kelemahan,
                     isu dan cabaran serta mencadangkan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan untuk
                     meningkatkan keberkesanan penggunaan ICT di KKM.


               2.2  PERSEKITARAN BISNES


               2.2.1  Visi dan Misi KKM

                      Visi KKM
                     Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik

                      Misi KKM
                     Untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

                     untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
                     •   mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan;
                     •   menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga; dan
                     •   mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.

                     untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
                     •   mengutamakan pelanggan;
                     •   saksama
                     •   tidak membebankan;
                     •   wajar mengikut teknologi;
                     •   boleh disesuaikan mengikut persekitaran; dan
                     •   inovatif.

                     dengan menekankan:
                     •   sifat penyayang profesionalisme dan kerja berpasukan;
                     •   sifat menghormati maruah ihsan; dan
                     •   pengibatan masyarakat.



         12
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39