Page 69 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 69
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
2021 - 2025 2021 - 2025
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
4.2.2.5 Pandemic Management
Aktiviti kelima adalah peningkatan dan pembangunan aplikasi berkaitan
perancangan, pengurusan, pengawalan dan pencegahan pandemik atau wabak seperti
COVID-19, Denggi, Malaria, Influenza, Tibi, Kusta, Measles dan penyakit berjangkit yang
lain yang telah diwartakan melalui Akta Penyakit Berjangkit 1988.
Terdapat satu (1) aplikasi bersepadu yang akan dibangunkan iaitu Electronic National
Centre For Disease Control (e-NCDC). Aplikasi ini akan mengintegrasikan semua aplikasi
berkaitan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, membangunkan modul-modul baru
serta memperbaiki fungsi sedia ada. Antara sistem-sistem yang akan dibangunkan,
ditambah baik dan diintegrasi melalui e-NCDC ialah eNotifikasi, MyKusta, MyTibi,
eMeasles, eDenggi, eVEKPRO, eCOVID-19, SIMKA Outbreak, National Diabeties Registry
(NDR), National AIDS Registry (NAR) dan MySejahtera.
Butiran terperinci berkaitan sub program ini adalah seperti di di Jadual 4-6.
Jadual 4-6: Peningkatan dan Peluasan Aplikasi Sedia Ada Serta Pembangunan Aplikasi
Baharu Pandemic Management
Memantapkan fungsi perkhidmatan kesihatan end to
Objektif end untuk aplikasi di bawah perkhidmatan Pandemic
Management
Tempoh Masa Januari 2021 hingga Disember 2025
Pemilik Program Bahagian Kawalan Penyakit
Disember 2025
Sasaran
Sistem e-NCDC selesai dibangunkan
Keutamaan Tinggi
47