Page 71 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 71

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                       PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
 2021 - 2025                                                                               2021 - 2025

 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                             KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

                  4.3.2   Program 2: Pengukuhan Pengurusan dan Kualiti Data


                         Program ini bertujuan untuk membangunkan piawaian data kesihatan dan
                         memastikan pematuhan piawaian dan integriti data. Inisiatif utama yang terlibat dalam
                         program ini adalah berkaitan projek  Malaysian Health Data Dictionary (MyHDD) dan
                         Sistem Repositori Data Penyelidikan NIH. Perincian aktiviti yang akan dijalankan adalah
                         seperti berikut:

                         i.   Mengemaskini  Malaysian Health Data Dictionary (MyHDD) ke versi 2021 dengan
                             mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh dan pakar runding MAMPU;
                         ii.  Ratifikasi MyHDD dan standard informatik kesihatan yang berkaitan (FHIR,
                             Malaysian Drug Code, ICHI, SNOMED CT) sebagai piawaian kebangsaan melalui
                             tadbir urus:
                             •   Jawatankuasa Standard Informatik (JKSIK);
                             •   Jawatankuasa Kebangsaan Informatik Kesihatan (JKKIK);
                         iii.  Mengadakan naziran dokumentasi dan koding rekod perubatan;
                         iv.  Melaksanakan latihan dokumentasi dan koding ICD-11;
                         v.   Melaksanakan kajian ketepatan dokumentasi dan ralat pengekodan ICD secara
                             tahunan;
                         vi.  Menyediakan laporan kesihatan menggunakan koding diagnosis ICD-11; dan
                         vii.  Menaik taraf Sistem Repositori Data Penyelidikan NIH (NIH DaRS).

                  Butiran terperinci berkaitan program ini adalah seperti di Jadual 4-8.
                                           Jadual 4-8: Pengukuhan Pengurusan dan Kualiti Data


                   Objektif          i.   Membangunkan piawaian data kesihatan;
                                     ii.  Memastikan pematuhan piawaian dan integriti data.

                   Tempoh Masa       Januari 2021 hingga Disember 2025
                                     MyHDD
                                     i.   Seksyen PIK, Bahagian Perancangan
                                     ii.   Seksyen Perancangan e-Health, Bahagian Perancangan
                                     iii.   Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
                   Pemilik Program   iv.   Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP)
                                     v.   Bahagian Perkembangan Kesihatan Keluarga (BPKK)
                                     NIH DaRS
                                     i.   Institut Kesihatan Negara (NIH)
                                     ii.   Program Perkhidmatan Farmasi
                                     November 2021
                                     Ratifikasi MyHDD dan standard informatik kesihatan yang  selesai
                                     dibangunkan.

                                     Disember 2021
                                     MyHDD versi 2021 selesai dikemaskini.

                                     Jun 2023
                                     Laporan kesihatan  menggunakan koding ICD-11 mula dilaksanakan.
                   Sasaran
                                     Setiap tahun
                                     i.   Kajian ketepatan dokumentasi dan koding diagnosis disediakan.
                                     ii.   Satu naziran dokumentasi dan koding rekod perubatan disediakan.
                                     3 kali setahun
                                     Latihan dokumentasi dan koding ICD-11 dilaksanakan.
                                     September 2025
                                     Sistem NIH DaRS selesai dinaiktaraf dan dilaksanakan.
                   Keutamaan         Tinggi


                                                                                                             49
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76