Page 74 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 74

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                                                                                                                              PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
                 2021 - 2025                                                                                                                                                                                      2021 - 2025

                 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                                                                                                                                    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

               4.5  STRATEGI 4: ADAPTASI EMERGING TECHNOLOGIES
                       ATAU REVOLUSI INDUSTRI KEEMPAT (IR4.0) DALAM
                       PERKHIDMATAN KESIHATAN



                                Adaptasi  emerging technologies atau revolusi industri
                                keempat (IR4.0) dalam perkhidmatan kesihatan adalah
                                strategi keempat bagi Teras Strategik 1. Program di bawah
                                strategik ini adalah adaptasi emerging technologies dalam
                                perkhidmatan kesihatan.




               4.5.1   Program 1: Adaptasi Emerging Technologies Dalam Perkhidmatan Kesihatan


                       Program ini bertujuan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan
                       kesihatan  melalui  penggunaan  emerging technologies  atau  revolusi  industri keempat
                       (IR4.0). Pelaksanaan bagi inisiatif ini akan merangkumi aktiviti berikut:

                       i.   Membentuk rangka kerja adaptasi  emerging technologies dengan kolaborasi di
                          bawah  National  Technology  and  Innovation  Sandbox  (NTIS).  Inisiatif  ini  sejajar
                          dengan Malaysia Digital Economy Blueprint 2021-2025;
                       ii.  Membangunkan rangka kerja dan garis panduan untuk program robotik dan drone
                          berkaitan penjagaan kesihatan untuk medical dan non-medical. Inisiatif ini sejajar
                          dengan Malaysia Digital Economy Blueprint 2021-2025; dan
                       iii.  Adaptasi emerging technologies atau IR 4.0 yang meliputi IoT, Blockchain, Artificial
                          Intelligence, Virtual Reality, Robotics, Drones, 3D, Genomics dan Precision Medicine
                          dalam penyampaian perkhidmatan dan penjagaan kesihatan.

                       Butiran terperinci berkaitan program ini adalah seperti di Jadual 4-11.

                                     Jadual 4-11: Adaptasi Emerging Technologies Dalam
                                                Perkhidmatan Kesihatan

                                          Meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan
                       Objektif           kesihatan melalui penggunaan emerging technologies atau
                                          revolusi industri keempat (IR4.0)
                       Tempoh Masa        Januari 2021 hingga Disember 2025
                                          Emerging Technologies di bawah NTIS
                                          i.   Bahagian Perancangan
                                          ii.   Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP)
                                          iii.   Institut Kesihatan Negara (NIH)
                       Pemilik Program
                                          Robotik dan Drone
                                          Bahagian Kejuruteraan
                                          Adaptasi Emerging Technologies
                                          Bahagian/Institusi /Jabatan/Fasiliti KKM
                                          Disember 2022
                                          Satu rangka kerja adaptasi emerging technologies di bawah NTIS
                                          selesai dibangunkan.
                       Sasaran            Disember 2025
                                          i.   Satu rangka kerja untuk program robotik dan drone selesai
                                               dibangunkan.
                                          ii.   Sekurang-kurangnya dua emerging technologies telah
                                               diadaptasi.
                       Keutamaan          Tinggi



         52
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79