Page 79 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 79

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                       PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
 2021 - 2025                                                                               2021 - 2025

 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                             KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


                  5.2  STRATEGI 1: PENGUKUHAN INFRASTRUKTUR DIGITAL


                         Strategi ini dibangunkan setelah kajian keperluan dilaksanakan untuk mengenal pasti
                         peralatan dan kuantiti yang diperlukan berdasarkan persekitaran semasa. Penggunaan
                         peralatan yang sesuai dengan keperluan semasa dapat melancarkan urusan perkhidmatan
                         teras KKM dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan.
                         Strategi 1 merangkumi empat program iaitu:



                                           1                                      2



                                 Naik Taraf dan Penyediaan              Naik Taraf dan Penyediaan
                             Keperluan Baharu Peralatan ICT di         Keperluan Baharu Peralatan
                              Ibu Pejabat dan Fasiliti Kesihatan    Rangkaian dan Keselamatan di Ibu
                                                                       Pejabat dan Fasiliti Kesihatan




                                          3                                      4




                                 Naik Taraf dan Penyediaan              Peluasan Pelan Pemulihan
                             Keperluan Baharu Pusat Data atau          Bencana Bagi Aplikasi Kritikal
                               Bilik Server di Ibu Pejabat dan
                                     Fasiliti Kesihatan



                  5.2.1   Program 1: Naik Taraf dan Penyediaan Keperluan Baharu Peralatan ICT di Ibu Pejabat
                         dan Fasiliti Kesihatan

                         Pelaksanaan perolehan peralatan ICT ini akan dilaksanakan berdasarkan hasil kajian
                         keperluan peralatan. Secara umum, perkakasan yang melebihi 10 tahun akan dilupus
                         dan diganti dengan yang baharu atau dinaik taraf mengikut keperluan pengguna.
                         Program ini dapat memastikan tahap kecekapan aplikasi dapat dibantu oleh keupayaan
                         perkakasan selari dengan keperluan perisian yang semakin canggih. Butiran terperinci
                         mengenai program ini adalah seperti di Jadual 5-1.




























                                                                                                             57
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84