Page 75 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 75
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
2021 - 2025 2021 - 2025
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
4.6 RUMUSAN
Pemerkasaan perkhidmatan kesihatan digital bersepadu dan inklusif adalah teras
strategik yang penting dalam pelaksanaan PSP KKM 2021-2025. Melalui strategi
pengukuhan perkhidmatan digital kesihatan menyeluruh dan bersepadu, inisiatif
Electronic Medical Record (EMR) dan pemantapan aplikasi di bawah empat fungsi
perkhidmatan utama KKM akan dilaksanakan. Inisiatif ini adalah untuk memastikan
pendigitalan perkhidmatan kesihatan ke arah yang lebih sistematik. Manakala
pengukuhan inisiatif data terbuka dan pengurusan dan kualiti data adalah inisiatif
di bawah strategi pemantapan pengurusan dan penyelarasan data. Piawaian data
kesihatan akan dibangunkan bagi memastikan ketelusan perkhidmatan kesihatan
dapat dipertingkatkan melalui perkongsian data kesihatan.
Seterusnya, strategi lonjakan inisiatif data analitik adalah strategi untuk memastikan
pengumpulan dan ketersediaan data raya yang dapat memenuhi keperluan
pemegang taruh. Sebuah ekosistem analitik data raya kesihatan (big data analytics)
akan diwujudkan bagi menyokong keperluan evidence-based decision making dan
meningkatkan visualisasi data. Strategi ini menyokong hasrat kerajaan bagi memastikan
setiap perancangan dan pembuat keputusan adalah berlandaskan analisis data selaras
inisiatif Kerajaan Digital.
Selaras dengan arus perkembangan pesat revolusi digital yang berdaya saing,
penggunaan aplikasi berkaitan emerging technologies atau IR 4.0 akan diadaptasi
dalam penyampaian perkhidmatan dan penjagaan kesihatan. Pelbagai inisiatif
telah dirangka untuk dilaksanakan agar penggunaan teknologi terkini ini dapat
meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Kesemua empat strategi dan tujuh program yang telah dirancang ini diharapkan
dapat memacu pelaksanaan inisiatif pendigitalan perkhidmatan kesihatan dengan
lebih sistematik. Inisiatif yang telah dirancang adalah bertujuan untuk membantu
mempertingkatkan lagi prestasi penjagaan kesihatan yang mampan lagi berkualiti.
53