Page 17 - E Buletin Dis 2019
P. 17
Hari diabetes upm
asean medical student’s association upm
ada 16 Disember 2019, YB Dr. Lee Boon
Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
telah merasmikan Hari Diabetes UPM AMSA
PCPR 2019 di Universiti Putra Malaysia
(UPM), Selangor. Program yang bertemakan “Anda
boleh menjadi wira” adalah tanggungjawab penting
untuk semua orang untuk mempelajari Cardio-
Pulmonary Resuscitation (CPR) dan Automated
External Defabrillator (AED) kerana ianya boleh
menyelamatkan nyawa seseorang pada suatu hari.
Kajian di Malaysia menunjukkan hanya 1 dari 10
pesakit yang menerima CPR sebelum tiba di hospital.
Angka tersebut jauh lebih rendah daripada negara-
negara lain di mana 6 dari 10 pesakit telah menerima
CPR sebelum tiba di hospital. Data menunjukkan
bahawa jika CPR diberikan dalam masa 4 minit dari
serangan jantung, ia dapat menghindari daripada
kecederaan di otak dan kecederaan organ lain.
E-BULETIN KKM EDISi disember 2019 14