Page 13 - E Buletin Dis 2019
P. 13
Seminar Pencegahan Kecederaan Tekanan
Hospital Kuala Lumpur
ada 18 Disember 2019 yang lalu,
YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan
Menteri Kesihatan Malaysia telah
Pmerasmikan Seminar Pencegahan
Kecederaan Tekanan di Hospital Kuala
Lumpur (HKL). Program yang bertemakan
“Stop Pressure Injury” adalah bertujuan
untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik
para penjaga kesihatan dan orang ramai
mengenai kecederaan tekanan serta untuk
mempromosikan pencegahannya. Buku
Manual Pencegahan Kecederaan Tekanan
yang dihasilkan oleh jawatankuasa khas dari
HKL ini telah mendapat kerjasama Malaysian
Society of Wound Care Professionals diedarkan
di seluruh hospital dan klinik kesihatan. Ujar
beliau lagi, kecederaan merupakan isu yang
boleh dicegah, nanum, apa yang perlu kita
lakukan adalah usaha untuk menghalang
pesakit mengalami penderitaan jangka
panjang.
E-BULETIN KKM EDISi disember 2019 10