Page 16 - E Buletin Dis 2019
P. 16
Hari Inovasi KKM 2019
B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad,
Menteri Kesihatan Malaysia telah
merasmikan sambutan Hari Inovasi
YKKM 2019 yang diadakan pada
9 Disember 2019. Majlis ini diadakan bagi
memberikan pengiktirafan kepada kejayaan
hasil inovasi warga Kementerian Kesihatan
Malaysia dalam pertandingan Anugerah Inovasi
KKM, Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif
(KIK) KKM, Konvensyen Quality Assurance (QA)
KKM serta Anugerah Khas Inovasi KKM. Selain
itu, KKM turut memenangi The Design Thinking
For Public Sector Awards (DTAMs) 2019
menerusi dua kategori iaitu, Kategori People
Centric Award - Projek Carta Inovasi yang
direka khas untuk memudahkan ujian tahap
penglihatan kanak-kanak dilakukan semasa
saringan penglihatan di Klinik Kesihatan; dan
Kategori Future Forward Award - Projek MoSCO
yang merupakan penapis bagi mengasingkan
sampel kahak dan air liur bagi pendiagnosan
penyakit tibi dan paru-paru. Ucapan setinggi
penghargaan dan syabas oleh YBMK kepada
para pemenang anugerah-anugerah tersebut
dalam memartabatkan hasil inovasi ke dalam
perkhidmatan awam.
13 E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2019