Page 12 - E Buletin Dis 2019
P. 12
MENJUNJUNG KASIH DYMM TUANKU SULTAN JOHOR
MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT YB MENTERI KESIHATAN
enjunjung Kasih Kebawah DYMM di Johor Bahru bagi menampung peningkatan
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan jumlah pesakit serta kesesakan di HSA.
Iskandar, Sultan Johor dan DYAM
MTunku Mahkota Ismail Ibni Sultan
Ibrahim, Pemangku Raja telah menerima
kunjungan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad,
Menteri Kesihatan, YB Dato’ Dr. Sahruddin bin
Jamal, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji
Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor
pada 4 Disember 2019. Dalam pertemuan
tersebut makluman mengenai Pusat Kanser
Tunku Laksamana Johor telah dibincangkan
yang bertumpu sepenuhnya kepada rawatan,
penyelidikan dan pendidikan kanser. Rancangan
membangunkan Pusat Kanser tersebut
bertujuan antara lain merealisasikan impian
Almarhum Tunku Abdul Jalil yang sentiasa
mahu membantu pesakit untuk berjuang
menghadapi penyakit kanser. Selain itu, YBMK
turut menerangkan kepada Tuanku Sultan
mengenai perkembangan semasa kerja-kerja
penambahbaikan Hospital Sultanah Aminah
Johor Bahru (HSAJB), termasuk pendawaian
bangunan utama yang sudah berusia lebih 70
tahun serta perlu ditambah baik dan pembaikan
pada Unit Rawatan Rapi (ICU), HSA, Johor
Bahru turut disegerakan. Dalam pada itu, Unit
Rawatan Rapi (ICU) Selatan, Bangunan Induk
HSAJB yang terbakar pada Oktober 2016 juga
akan diperbaiki. YB Menteri Kesihatan juga
mengambil maklum akan cadangan Tuanku
Sultan mengenai keperluan sebuah lagi hospital
09 E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2019