Page 12 - Januari 2019
P. 12
program
Restart now
B Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad,
Menteri Kesihatan Malaysia bersama
Menteri Perumahan dan Kerajaan
Y Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin
dan kakitangan KKM telah melaksanakan
Program Bebas Asap Rokok dan Tembakau
serta merasmikan program “Restart Now” di
Presint 9, Putrajaya anjuran bersama Persatuan
Kanser Kebangsaan Malaysia. Restart Now
adalah kempen media sosial yang mendapat
usahasama beberapa Badan Bukan Kerajaan
(NGO) ini juga telah melibatkan NGO lain
antaranya Malaysia Council for Tobacco Control
(MCTC), Public Health Malaysia (PHM), Malaysia
Mythbuster Malaysia (M3), MedTweetMy,
Persatuan Integrasi Profesional Perubatan
Malaysia (MIMPA), Pertubuhan Ikram Malaysia
(IKRAM), Malaysia Green Lung Association dan
Malaysian Medical Association Public Health
Society (MMAPHS). Turut hadir bersama dalam
program promosi berkenaan adalah YB Timbalan
Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr. Lee Boon
Chye dan YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min,
Ketua Setiausaha (KSU) KKM.
09 E-BULETIN KKM EDISi januari 2019