Page 11 - Januari 2019
P. 11
community service responsibility forum
ada 19 Januari 2019, YBhg. Datuk Dr.
Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah
Kesihatan (KPK) telah menyampaikan
Pucaptama bagi pihak Menteri Kesihatan,
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad di forum
awam CSR mengenai Quackery In Dentistry: The
Reality Of Fake Dentistry In Our Society. Acara
ini diadakan bersempena Pameran Konvensyen
dan Pameran Saintifik Persatuan Pergigian
Malaysia ke-26. Isu pergigian yang menyalahi
undang-undang selalu menjadi perhatian
besar. Menurut YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham,
terdapat juga peningkatan dalam bilangan kes
“pendakap palsu” di mana terdapat banyak iklan
di media sosial. Selama 4 tahun yang lalu, KKM
telah mengadakan 48 serbuan ke atas aktiviti
pergigian yang menyalahi undang-undang. Ujar
beliau lagi, KKM harus memastikan kesedaran
awam tentang profesion pergigian, selain
berusaha untuk menurunkan kos perkhidmatan
melalui perkongsian awam-swasta di samping
mengekalkan kualiti dan keselamatan pesakit.
E-BULETIN KKM EDISi januari 2019 08