Page 7 - Januari 2019
P. 7
6 malaysia breast care
th
nurse workshop 2019
ada 29 Januari 2019, YBhg. Datuk Dr.
Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah
Kesihatan (KPK) telah merasmikan
PPutrajaya Breast Cancer Support Group
(PBCSG) sempena 6 Malaysia Breast Care Nurse
th
Workshop 2019. Progran tersebut merupakan
satu inisiatif Jabatan Pembedahan, Payudara
dan Endokrin, Hospital Putrajaya. Menurut data
World Health Organization (WHO) sehingga 2018,
sebanyak 2.1 juta wanita telah didiagnosa dengan
kanser payu dara, di mana 627,000 wanita maut
akibat kanser payudara di seluruh dunia. Malahan,
kanser payudara merupakan penyebab kematian
utama dalam kalangan wanita di Malaysia dengan
nisbah 1:18 wanita di negara kita berisiko mendapat
kanser payudara. Putrajaya Breast Cancer Support
Group (PBCSG) yang telah ditubuhkan pada 8
Oktober 2018 mempunyai objektif penubuhannya
dengan membantu dan memberikan sokongan
kepada pesakit kanser secara fizikal dan emosional,
khidmat nasihat, serta landasan untuk pesakit
mendapat sokongan, informasi dan maklumat yang
cukup berkaitan kanser payudara serta berkongsi
pengalaman dengan breast cancer survivors.
E-BULETIN KKM EDISi januari 2019 04