Page 8 - Januari 2019
P. 8

Walkabout  Penguatkuasaan Zon Larangan Merokok







                 B  Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly  Ahmad,
                 Menteri Kesihatan telah turun padang
                 bagi mempromosi sendiri pewartaan hari
        Ypertama Larangan  Tempat Merokok di
        beberapa lokasi kedai-kedai makan sekitar Bandar
        Tasik Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur. Program
        walkabout ini turut disertai oleh  Timbalan Ketua
        Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBhg.
        Datuk Dr. Chong Chee Keong serta pegawai-pegawai
        KKM yang bertujuan bagi memberi kesedaran
        kepada orang ramai sekali gus menjayakan hasrat
        kerajaan ke arah amalan budaya hidup yang
        lebih  sihat.  Selain  kedai  makan,  penguatkuasaan
        larangan merokok akan diperluaskan ke premis
        perniagaan seperti kedai dobi kerana premis-premis
        seperti ini turut melibatkan perokok pasif yang turut
        mendedahkan  risiko  kepada  rakyat  terutamanya
        golongan kanak-kanak.  YB Datuk Seri juga turut
        mengucapkan ribuan terima kasih kepada  pemilik
        restoran serta rakan-rakan media yang hadir kerana
        memberikan  publisiti  yang  cukup  menggalakkan
        pada  hari  pertama  tahun  2019.  Di  akhir  lawatan
        berkenaan,  YB Datuk Seri Dr. juga turut menyeru
        semua pihak agar dapat memainkan peranan
        sebagai “agen penggerak” dalam memastikan
        objektif pewartaan ini dapat dijayakan sebaiknya.



















         05  E-BULETIN KKM EDISi januari 2019
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13