Page 13 - E Buletin Nov 2019
P. 13
Kempen Derma Darah
& Organ 2019
ada 17 November 2019, YB Dr.
Lee Boon Chye, Timbalan Menteri
Kesihatan Malaysia telah merasmikan
PKempen Derma Darah anjuran Ahli
Lembaga Pelawat Hospital Raja Permaisuri
Bainun (HRPB) bersama Persatuan Kwang
Siew (Bahagian Pemuda & Wanita) di Aeon
Station, Ipoh. Dalam majlis tersebut, YBTMK
menyatakan bahawa setiap penderma darah
boleh membantu sekurang-kurangnya tiga
pesakit serta mengalami pendarahan akibat
kecederaan, ibu bersalin, pesakit denggi yang
serius, pesakit yang menjalani pembedahan
seperti pembedahan jantung, leukaemia dan
kanser. Menurut beliau, KKM memerlukan
hampir 2000 bag darah dalam sehari dengan
kadar penderma darah biasa (regular)
sebanyak 23 per 1,000 kumpulan sasaran
walaupun keperluan yang disasarkan adalah
antara 30-35 per 1,000.
E-BULETIN KKM EDISi November 2019 10