Page 100 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 100

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                                                                                                                              PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
                 2021 - 2025                                                                                                                                                                                      2021 - 2025

                 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                                                                                                                                    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


                                          Setiap tahun
                                          i.   Satu laporan Security Posture Assessment (SPA) disediakan.
                                          ii.  Peratus pematuhan DKICT 80%.

                                          Oktober 2022
                                          Satu Garis Panduan Pematuhan Bilik Server KKM dan
                       Sasaran
                                          pengurusan penempatan server sistem aplikasi di klinik
                                          kesihatan dikemaskini.

                                          Disember 2023
                                          Satu laporan Security Posture Assessment (SPA) untuk
                                          Electronic Medical Record (EMR) Negeri Sembilan disediakan.
                       Keutamaan          Tinggi




               6.6  RUMUSAN


                       Secara keseluruhan, perancangan dan pelaksanaan untuk semua aspek berkaitan tadbir
                       urus ICT seperti pengurusan, pemantauan dan pematuhan telah diambil kira di bawah
                       Teras Strategik 3. Tadbir urus yang dinamik dan tangkas merupakan elemen penting
                       sebagai penentu utama kejayaan pelaksanaan PSP KKM 2021-2025. Ini sangat penting
                       untuk memacu KKM berkembang maju dalam dunia yang berubah secara digital.

                       Pemantapan tadbir urus digital dapat memastikan tadbir urus digital sentiasa relevan
                       dengan persekitaran kesihatan yang sentiasa berubah dari masa ke semasa. Selain itu,
                       pendekatan  Enterprise Architecture untuk memantapkan perkhidmatan kesihatan
                       digital amat diperlukan untuk memastikan keperluan teknologi adalah sentiasa selari
                       dengan keperluan bisnes. Pengukuhan kolaborasi digital di peringkat awam dan
                       swasta dapat memastikan pelaksanaan projek ICT yang lebih teratur dan kos efektif.
                       Pemantapan dan pematuhan dasar berkaitan keselamatan maklumat serta siber amat
                       penting untuk menjamin  kesinambungan  perkhidmatan  dengan  meminimumkan
                       insiden keselamatan siber.

                       Melalui empat strategi dan sembilan program yang telah dirancang di bawah Teras
                       Strategik 3 diharapkan dapat memacu pelaksanaan inisiatif pendigitalan perkhidmatan
                       kesihatan dengan lebih sistematik.































         78
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105