Page 98 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 98
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
2021 - 2025 2021 - 2025
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SOP Kolaborasi Strategik Kesihatan Digital
i. Bahagian Perancangan
ii. Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA)
iii. Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
Pemilik Program
Pelaksanaan Kolaborasi Strategik Kesihatan Digital dan
Inovasi
Bahagian-Bahagian Berkaitan
SOP Kolaborasi Strategik Kesihatan Digital
Disember 2022
Satu SOP kolaborasi strategik kesihatan digital dihasilkan.
Pelaksanaan Kolaborasi Strategik Kesihatan Digital dan
Sasaran
Inovasi
Setiap tahun
Sekurang-kurangnya dua aktiviti kolaborasi strategik kesihatan
digital dan inovasi peringkat kebangsaan atau antarabangsa
dilaksanakan.
Keutamaan Tinggi
6.5 STRATEGI 4: PEMERKASAAN EKOSISTEM
KESELAMATAN MAKLUMAT
Perkhidmatan digital kesihatan perlu terpelihara daripada ancaman dalaman dan luaran
agar selamat dan boleh dipercayai. Pemerkasaan ekosistem keselamatan maklumat
adalah untuk memastikan dan menjamin kesinambungan perkhidmatan dengan
meminimumkan insiden keselamatan siber. Terdapat dua program di bawah strategi ini
iaitu:
1 2
Pemantapan Pematuhan Dasar
Keselamatan Keselamatan Siber
Maklumat
6.5.1 Program 1: Pemantapan Dasar Keselamatan Maklumat
Program ini dirancang bagi memastikan dasar, polisi dan garis panduan berkaitan
keselamatan maklumat disediakan, disemak dan dipatuhi oleh pengguna dan penyedia
perkhidmatan digital kesihatan.
Aktiviti bagi program ini adalah merangkumi perkara berikut:
i. Menyemak semula Dokumen Keselamatan ICT (DKICT) KKM berdasarkan polisi
keselamatan siber, NACSA;
ii. Menyediakan Garis Panduan Perolehan Firewall dan Pengurusan Rangkaian ICT; dan
iii. Menyediakan Garis Panduan Bring Your Own Device (BYOD).
76