Page 103 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 103
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
2021 - 2025 2021 - 2025
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
7.2 STRATEGI 1: PENGUKUHAN KOMPETENSI DAN
PEMBUDAYAAN DIGITAL
Pengukuhan kompentensi dan pembudayaan digital amat diperlukan untuk
pembangunan kapasiti modal insan melalui latihan dan program. Strategi ini bertujuan
untuk meningkatkan kepakaran serta kompetensi kesihatan digital. Terdapat tiga
program telah dikenal pasti perlu dilaksanakan seperti berikut: -
1 2 3
Pembangunan Pelaksanaan Rangka Pembudayaan
Rangka Kerja Kerja Kompetensi Adaptasi Digital
Kompetensi Kesihatan Digital Yang Berterusan
Kesihatan Digital
7.2.1 Program 1: Pembangunan Rangka Kerja Kompetensi Kesihatan
Pembangunan rangka kerja kompetensi kesihatan digital amat penting bagi
mengenal pasti set kemahiran digital yang bersesuaian dan menjadi penanda aras
untuk membangunkan bakat penjawat awam KKM melalui pelaksanaan kursus yang
berkaitan.
Perincian bagi program ini adalah seperti di Jadual 7-1.
Jadual 7-1: Pembangunan Rangka Kerja Kompetensi Kesihatan Digital
Objektif Memantapkan kompetensi kesihatan digital berdasarkan
keperluan
Tempoh Masa Julai 2022 hingga November 2022
Pemilik Program Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK)
Sasaran November 2022
Laporan dan dapatan kajian untuk mengenal pasti bidang
kompetensi kesihatan digital diluluskan.
Keutamaan Tinggi
7.2.2 Program 2: Pelaksanaan Rangka Kerja Kompetensi Kesihatan Digital
Program ini dirancang untuk melaksanakan rangka kerja kompetensi kesihatan digital
yang telah dipersetujui oleh Pengurusan Tertinggi KKM. Personel yang kompeten
amat perlu untuk memastikan semua aktiviti kesihatan digital yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan baik serta mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.
Personel KKM yang terdiri daripada pelbagai skim perlu diperkasa melalui pengiktirafan
Subject Matter Expert (SME) dalam bidang kesihatan digital di KKM bagi memastikan
kesinambungan proses pendigitalan dan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang
efisyen.
81