Page 95 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 95
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
2021 - 2025 2021 - 2025
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
6.3.1 Program 1: Pengukuhan Perkhidmatan Kesihatan Digital Melalui Pendekatan
Enterprise Architecture (EA)
Program ini dirancang untuk memastikan pendigitalan dijajarkan dengan
perkhidmatan kesihatan dan diadaptasi bagi mengoptimumkan penggunaan
sumber ICT.
Aktiviti bagi program ini adalah merangkumi perkara berikut:
i. Membangunkan artifak EA high-level KKM untuk menjajarkan keperluan
pendigitalan dengan perkhidmatan kesihatan;
ii. Melaksanakan pembangunan kapasiti EA; dan
iii. Melaksanakan pengurusan perubahan EA.
Perincian bagi program ini adalah seperti di Jadual 6-4.
Jadual 6-4: Pengukuhan Perkhidmatan Kesihatan Digital Melalui
Pendekatan Enterprise Architecture (EA)
i. Memastikan penjajaran keperluan pendigitalan
dengan perkhidmatan kesihatan
Objektif
ii. Mengadaptasi pendekatan EA bagi mengoptimumkan
penggunaan sumber ICT
Tempoh Masa Mei 2021 hingga Disember 2025
Pemilik Program Pasukan Projek EA KKM
Jun 2021
12 artifak EA high-level KKM dihasilkan
Sasaran Setiap tahun
i. Sekurang-kurangnya 20% arkitek EA KKM yang
dilantik menjalani latihan asas EA.
ii. Dua sesi program kesedaran EA diadakan.
Keutamaan Tinggi
6.3.2 Program 2: Pemantauan Pelaksanaan Enterprise Architecture (EA)
Program ini dirancang untuk memantau pelaksanaan Enterprise Architecture (EA)
mengikut perancangan dan objektif yang ditetapkan.
Aktiviti bagi program ini adalah merangkumi perkara berikut:
i. Memantapkan tadbir urus EA;
ii. Menyediakan spesifikasi pembangunan EA KKM untuk permohonan peruntukan
pembangunan;
iii. Menyediakan artifak untuk repositori EA EMR (Negeri Sembilan); dan
iv. Membangunkan perkhidmatan kesihatan terpilih dengan penjajaran hala tuju,
keperluan dan reka bentuk inisiatif pendigitalan KKM.
73

