Page 122 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 122

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                                                                                                                              PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
                 2021 - 2025                                                                                                                                                                                      2021 - 2025

                 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                                                                                                                                    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

               9.1  PENGENALAN


                       Bab  ini  akan  menerangkan  mengenai  strategi  pelaksanaan  inisiatif pendigitalan
                       KKM bagi program yang dirancang dalam tempoh lima tahun bermula tahun 2021
                       hingga 2025. Perancangan implementasi ini merangkumi strategi pelaksanaan, jadual
                       pelaksanaan, anggaran kos dan faktor kritikal yang menentukan kejayaan sesuatu
                       program dilaksanakan.
               9.2  STRATEGI PELAKSANAAN


                       Strategi pelaksanaan perlu digariskan bagi memastikan perancangan program berjalan
                       seiring dengan hala tuju pendigitalan yang telah dirangka. Antara strategi pelaksanaan
                       adalah ditentukan dari aspek pemilikan program, keutamaan dan penentuan program
                       yang perlu dilaksanakan secara in-house, outsource dan co-sourcing.

               9.2.1   Pemilik Dan Keutamaan Program ICT


                       Pemilik sebagai subject matter expert akan dapat menentukan hala tuju pelaksanaan
                       bagi setiap program yang dirancang. Di KKM, pemilik terdiri daripada bahagian,
                       jabatan, institusi dan fasiliti seperti di Jadual 9-1. Penentuan pemilik bagi setiap program
                       membolehkan pemilik terlibat dari awal dan seterusnya  dapat  mengawal  pembangunan  dan
                       pelaksanaan program tersebut.

                       Program dan aktiviti yang dirangka telah ditentukan  keutamaan  pelaksanaan
                       berdasarkan  keutamaan  tinggi,  sederhana  dan  rendah.  Penentuan  keutamaan
                       dibuat berdasarkan keperluan mendesak untuk mengatasi isu semasa yang dihadapi,
                       berkepentingan tinggi serta memiliki sumber yang diperlukan. Keutamaan untuk
                       setiap program adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:

                       i.   Kesegeraan untuk mengatasi isu semasa: Keutamaan ditentukan berdasarkan
                          kepada isu semasa yang sedang dihadapi oleh Kementerian;
                       ii.  Kepentingan dan faedah kepada bisnes Kementerian: Keutamaan adalah
                          projek yang memberi impak yang tinggi kepada peningkatan penyampaian
                          perkhidmatan Kementerian kepada pelanggan dan pemegang taruh;
                       iii.  Keupayaan sumber manusia sedia ada: Personel ICT yang mencukupi diperlukan
                          untuk memantau pelaksanaan projek dan menyelenggara aplikasi; dan
                       iv.  Sumber kewangan yang mencukupi: Keutamaan yang ditentukan juga boleh
                          dipengaruhi dengan sumber kewangan yang diperlukan pada tahun berkaitan.

                       Pemilik dan keutamaan program/ aktiviti yang telah dikenal pasti mengikut teras
                       strategik ICT adalah seperti di Jadual 9-1.























        100
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127