Page 117 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 117

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                       PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
 2021 - 2025                                                                               2021 - 2025

 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                             KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


                         Secara ringkasnya, hala tuju pendigitalan perkhidmatan kesihatan yang digambarkan
                         adalah hasil daripada analisis jurang yang telah dilaksanakan dalam fasa analisis
                         persekitaran PSP KKM 2021-2025. Dalam tempoh lima tahun akan datang, matlamat
                         Pendigitalan Perkhidmatan Kesihatan Negara berfokuskan kepada:

                         i.   Pengurusan maklumat pandemik bersepadu;
                         ii.  Penambahbaikan indeks kesihatan rakyat;
                         iii.  Sistem pengurusan kesihatan yang bersepadu;
                         iv.  Penyediaan Lifetime Health Record secara digital sepenuhnya;
                         v.   Kemahiran digital di semua peringkat pemimpin dan pelaksana perkhidmatan
                             kesihatan; dan
                         vi.  Pengurusan kewangan inisiatif pendigitalan yang optimum dan efisien.


                         Matlamat  Pendigitalan  Kesihatan  Negara  juga  didorong  oleh  empat  (4) pemacu  hala
                         tuju strategik merangkumi:


                         i.   Pengurusan pandemik yang efektif;
                         ii.  Pemantauan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit;
                         iii.  Penyediaan perkhidmatan end-to-end (E2E) yang efisien dan efektif; dan
                         iv.  Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh.

                         Adalah menjadi harapan Kementerian supaya Pendigitalan Perkhidmatan Kesihatan
                         Negara  dapat memberikan keberhasilan  dari aspek  pembudayaan  gaya hidup rakyat
                         yang lebih sihat, pengurangan morbiditi dan mortality, kesaksamaan akses rakyat dalam
                         penjagaan kesihatan,  perkhidmatan  kesihatan  yang  mampu milik  dan mampan serta
                         penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih responsif.

                         Hala tuju Pendigitalan Perkhidmatan Kesihatan Negara turut mengambil kira kekangan
                         dan prinsip-prinsip bidang kesihatan dalam memastikan jurang perkhidmatan
                         kesihatan semasa (assessment) dapat diatasi.

                  8.2.2   Landscape Map View

                         Landscape Map View  (LMV)  dihasilkan  untuk  menunjukkan  arkitektur  peringkat
                         strategik (high level architecture) yang menggambarkan perkhidmatan keseluruhan
                         organisasi end-to-end secara holistik yang mengandungi maklumat siapa yang terlibat,
                         maklumat yang diperlukan, aplikasi yang terlibat dalam setiap proses dan teknologi
                         yang digunakan dalam menyediakan perkhidmatan tersebut. Keupayaan, bidang kuasa
                         dan tanggungjawab organisasi lebih mudah dikenal pasti dengan merujuk kepada LMV.
                         Pembangunan LMV dilaksanakan secara bengkel dan beberapa siri pemurnian bersama
                         pakar perunding dan ahli-ahli domain  business, data, aplikasi dan teknologi yang
                         terpilih.

                         Elemen penting yang dapat dilihat di dalam LMV adalah pemegang taruh (stakeholder),
                         elemen perkhidmatan (pencetus, medium dan proses kerja), aplikasi yang terlibat,
                         maklumat dan teknologi yang digunakan. Semua elemen ini dibezakan menggunakan
                         container dan mengandungi elemen seperti medium perkhidmatan,  stakeholder,
                         perkhidmatan utama, data, aplikasi yang menyokong perkhidmatan dan teknologi.












                                                                                                             95
                                                                                                             95
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122