Page 119 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 119

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                       PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
 2021 - 2025                                                                               2021 - 2025

 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                             KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


                         Jadual 8.3 menunjukkan notasi Archimate yang digunakan untuk LMV (To-Be).

                                       Jadual 8-3: Notasi Archimate Bagi Landscape Map View (To-Be)

                                                               Antaramuka Bisnes
                                                               Aktor

                                                               Perkhidmatan Bisnes
                                                               Komponen Aplikasi
                                                               Objek Data
                                                               Perkakasan/ Peralatan
                                                               Sistem Aplikasi
                                                               Rangkaian Komunikasi
                                                               Nod
                         Beberapa perancangan strategik pendigitalan untuk lima tahun yang akan datang
                         dapat dilihat daripada LMV (To-Be) seperti berikut:

                         i.   Penambahbaikan perkhidmatan digital kesihatan melalui pengukuhan Sistem
                             Maklumat Kesihatan Bersepadu dengan pelaksanaan  Electronic Medical Record
                             (EMR) di hospital dan klinik dan integrasi aplikasi secara menyeluruh;
                         ii.  Peluasan inisiatif akses secara maya (virtual) meliputi pelaksanaan sidang video
                             (video conference), klinik maya (virtual clinic) di hospital, klinik kesihatan dan klinik
                             pergigian;
                         iii.  Pengukuhan data terbuka dan pematuhan piawaian data melalui Malaysian Health
                             Data Dictionary (MyHDD);
                         iv.  Pelaksanaan data analitik melalui peningkatan infrastruktur  Malaysian Health
                             Data Warehouse (MyHDW), Sistem Maklumat Rawatan Pesakit (SMRP) dan Patient
                             Registry Information System (PRIS);
                         v.   Integrasi teknologi block chain dalam MyHDW;
                         vi.  Penggunaan  emerging technologies  atau  IR  4.0  yang  meliputi IoT, Internet  of
                             Medical Things (IoMT),  Artificial Intelligence, Virtual Reality, Robotics, Drones,
                             3D,  Genomics dan  Precision Medicine  dalam penyampaian perkhidmatan dan
                             penjagaan kesihatan;
                         vii.  Pelaksanaan ekosistem data analitik kesihatan melalui pembangunan rangka kerja
                             big data analytics (BDA) dan peningkatan Malaysian Health System Performance
                             Dashboard  (MHSPD);
                         viii.  Migrasi infrastruktur dan perpindahan Pusat Data Cenderasari ke Pusat Data Sektor
                             Awam (PDSA);
                         ix.  Naik taraf keperluan peralatan ICT bagi penggunaan aplikasi SMRP di hospital KKM
                             dan peningkatan infrastruktur TPC-OHCIS di PDSA;
                         x.  Penyediaan keperluan baharu peralatan rangkaian dan keselamatan di ibu pejabat
                             dan fasiliti kesihatan;
                         xi.  Pelaksanaan perkhidmatan baharu  hybrid cloud  meliputi cloud storage, cloud
                             services, infrastructure as services (IaaS) dan data virtualization di ibu pejabat KKM;
                         xii.  Naik taraf Pusat Data BPM ke arah teknologi hijau;
                         xiii.  Pembangunan Pelan Pemulihan Bencana (Disaster Recovery Plan) bagi fasiliti
                             kesihatan dan mewujudkan  Data Recovery Centre (DRC) bagi memastikan
                             kesinambungan operasi NIH; dan
                         xiv.  Pengukuhan keselamatan maklumat meliputi polisi keselamatan siber, Bring Your
                             Own Device (BYOD), Security Posture Assessment (SPA), pematuhan DKICT (ePatuh)
                             dan penilaian web/ portal.




                                                                                                             97
                                                                                                             97
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124