Page 120 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 120

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                                                                                                                              PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
                 2021 - 2025                                                                                                                                                                                      2021 - 2025

                 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                                                                                                                                    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


               8.3  RUMUSAN


                       Pembangunan EA di peringkat strategik bagi menggambarkan hasil kajian PSP
                       KKM 2021-2025 berupaya menunjukkan gambaran keperluan masa hadapan yang
                       menghubungkan perubahan terhadap perkhidmatan, proses kerja, maklumat,
                       data,  aplikasi dan  teknologi.  Gambaran rajah  architecture yang  direka bentuk
                       menerangkan hubungkait empat (4) perkhidmatan utama kesihatan iaitu person care,
                       population health, functional support, management services  Kesemua proses kerja
                       peringkat tinggi bagi perkhidmatan utama kesihatan menunjukkan keperluan untuk
                       memperkemaskan  sistem  penyampaian  semasa  supaya  menjurus  kepada  keperluan
                       pendigitalan seperti saluran perkhidmatan kesihatan secara maya (virtual). Khususnya
                       keperluan  pengurusan  data-data  kesihatan  dan  pesakit  yang lebih  bersepadu
                       menyumbang kepada reka bentuk penawanan data, penyimpanan dalam pangkalan
                       data dan pengkomputeran awan serta keperluan perkongsian data dan data analitik.
                       Keperluan architecture tersebut turut merubah reka bentuk antara muka aplikasi dan
                       dashboard, fungsi aplikasi serta pelbagai integrasi antara sistem-sistem kesihatan sedia
                       ada.

                       Sehubungan itu, kapasiti sumber dan infrastruktur yang diperlukan dapat dirasionalkan
                       semula melalui gambaran rajah architecture teknologi meliputi keperluan penggunaan
                       pengkomputeran awan yang optimum, migrasi pusat data, perkakasan ICT serta
                       keperluan keselamatan ICT yang menyokong teknologi IR4.0. Kesan perubahan tersebut
                       memberi impak positif terhadap pengoptimuman peruntukan dan kos pengoperasian
                       keseluruhan pengurusan ICT.

                       Secara keseluruhan hala tuju pembaharuan dalam perkhidmatan kesihatan secara
                       digital dilihat berpotensi meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran
                       Kementerian. Dalam masa yang sama, mengukuhkan integriti transaksi, proses kerja
                       dan perkhidmatan merentas agensi dan fasiliti kesihatan berlandaskan prinsip saling
                       kendali (interoperability) dan  Whole-of-Government  (WoG) serta  end-to-end dalam
                       tempoh  lima tahun  yang  akan  datang.  Keperluan  pendigitalan yang digambarkan
                       dalam rajah architecture akan dijadikan rujukan dalam pembangunan, pelaksanaan dan
                       perolehan ICT bagi persekitaran perkhidmatan kesihatan negara yang sentiasa berubah
                       dan dinamik. Enterprise Architecture  yang telah dibangunkan akan dikemas kini
                       seiring dengan keperluan baharu perkhidmatan kesihatan. Selain itu, pembangunan
                       architecture untuk fungsi-fungsi perkhidmatan yang lain akan dilaksanakan dari semasa
                       ke semasa.




























         98
         98
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125