Page 87 - PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KKM 2021-2025
P. 87

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN                                       PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
 2021 - 2025                                                                               2021 - 2025

 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA                                             KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

                  5.4  RUMUSAN


                         Secara keseluruhan, semua aspek berkaitan pengukuhan infrastruktur ICT dan
                         pemantapan teknologi baharu telah diambil kira dalam teras strategik ini. Strategi dan
                         program yang digariskan merangkumi naik taraf dan keperluan baharu peralatan ICT,
                         peralatan rangkaian dan keselamatan, pusat data atau bilik  server, peluasan inisiatif
                         akses secara maya (virtual), adaptasi perkhidmatan cloud dan penyediaan infrastruktur
                         emerging technologies.

                         Bekerja dari rumah tidak lagi dianggap sebagai pilihan atau penyelesaian sementara
                         berikutan  berlakunya  penularan  wabak  COVID-19  namun  ia  sebenarnya  suatu  praktis
                         baharu di tempat kerja ketika ini. Justeru, penyediaan infrastruktur ICT yang bersesuaian
                         mampu menyokong budaya kerja norma baharu di persekitaran KKM.


                         Penggunaan teknologi baharu seperti  cloud computing dan emerging technologies
                         adalah sejajar dengan aspirasi MyDigital. Penggunan  cloud dapat menjimatkan kos
                         perolehan  sumber  perkakasan  dan  perisan  serta  menampung  storan  data  yang
                         tinggi.  Emerging technologies seperti IoT,  Blockchain,  Artificial Intelligence,  Virtual
                         Reality,  Robotics, Drones, 3D,  Genomics dan  Precision Medicine  dapat membantu
                         meningkatkan kecekapan perkhidmatan penjagaan kesihatan serta membantu dalam
                         perancangan program kesihatan.

                         Diharapkan inisiatif yang dirancang dapat memperkukuh infrastruktur ICT KKM secara
                         holistik, mampan dan cekap yang secara langsung berperanan sebagai Pemboleh Daya
                         Digital (Digital Enabler).

















































                                                                                                             65
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92